Saturday 21 May 2011

1O PETANDA DIA JODOH KITA

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


10 CIRI-CIRI SUAMI PILIHAN

  • Kuat agamanya
    Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
  • Baik akhlaknya
    Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
  • Tegas mempertahankan maruah
    Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
  • Amanah
    Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
  • Pemurah tetapi tidak boros
    Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
  • Tidak liar matanya
    Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
  • Terbatas pergaulan
    Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
  • Rakan pergaulannya
    Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
  • Bertanggungjawab
    Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
  • Tenang wajah

    Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.


Friday 20 May 2011

saat-saat terakhir di uum

Tinggal tak kurang dari 24 jam je lagi aku akan  menghadapi paper terakhir  sem nie dan mudah-mudahan ini adalah peperiksaan yang terakhir aku di UUM. 
sedih asenya nak tinggalkan semua nie..semalm sorang romate aku dah balik dan nasib aku sempat jumpa dia.. ahhh buan senag na cari romate yang sanggup bertahan sampai 3 tahun mcm 2...Jue & Hana romate yang sangat baik dan boleh gila-gila bersama..saya sayang kamu berdua muaaaaahhhh!!!!!
tanggal 23/5/20011 aku pula bakal tinggalkan bumi sintok ni..kenangan yang tercipta di sini akan ku sematkan dalam ingatan  sampai bila-bila. 
kawan-kawan yang sangat saya sanyangi dan akn saya rindui nanti thanks sudi jadi kawan saya yew..Ieda awak kawan pertama saya di UUM ampunkan segala salah dan silap saya yew awk..mungkin saya da banyak wat awk terasa and wat salah kat awk...kadang-adang saya sendiri pown x sedar yang saya ada wat salah kat awk...awk lagi satu saya nak mintak maaf kat awk myb saya pemyebab awk dengan ciety renggang dan bukan segaja saya buat semua 2 semuanya kebetulan..saya x penah rampas dia dari awk harap awk faham k..saya juga nak mohon maaf selalu sangat saya sakat awk dengan syukri tp bukan apa saya suka awk dengan dia sepadan sgat awk...hope kamu berdua bertemu jodoh..
wani & ciety kalau sy ada wat salah kat aw berdua maafkan saya mungkin saya jenis ikut kepala sendiri and sentiasa moody dan wat kamu semua x senang dengan sikap saya...
sepanjang saya di UUM ieda,citey kamu berdua banyak bantu saya. perhubungan kita sedikit renggang sem nie sedih asenya kan...saya harap perhubungan kita kembali terjalin seperti dulu walaupun kita berada di kampung halaman masing-masing. 
saya doakan kawan-kawan saya hapy selalu berjaya dalam kerjaya dan bertemua jodoh nnti
dan jgan la lupa jemput saya plak yew..:)

saya sayang kamu semua!!!!!



Thursday 19 May 2011

MEMORI TERCIPTA

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

kehidupan aku sepanjang 3 tahun di UUM . suka duka hadapi bersama dengan kawan2...di sini juga aku banyak belajar sesuatu yang baru yang sebelum nie aku x penah laluinya...terima kasih kepada semua lecture au yang banya bantu aku sepanjang 3 tahun kat UUM dan thanks jgak kat kawan2 yang sanggup berkongsi suka dan dua bersama aku...terima kasih juga kepada insan yang telah memberi peluang dan kepercayaan kepada aku untuk terlibat dalam program-program kat UUM nie ...Thanks Dr.Rajwani... n kepada my BFF cikah thanks sudi bersam-sama saya berkongsi suka dan dukabersama saya.... kawan-kawan yang sentiasa baik dengan aku dari sem 1 hingga last ieda,siti,dan wani..Thanks you all memory bersama kalian amat bermakna wat aku....kepada malinda dan sheril thanks sudi untuk berenalan n berkawan dengan saya sampai kita boleh rapat. tak lupa juga adib n duan aku seronok jadi kawan korang hapy sangat...geng2 wan remy u all semua frendly sagat dan x lupa juga kepada 3 younges lectures cik zukri,cik fatin & cik zila kamu bertiga sporting sagat...dan kepada semua geng2 SOCIAL WORK BATCH 2008/2009 U ALL THE BEST ....kepada junior2 semua teruskan la perjuangan anda di UUM n berjuang untuk soc.work..



kenangan dengan kawan-kawan!!!!


kenangan bersama CHERIL &CIKAH

kamu best sangat.... lot of memory with u all 
IEDA & CITIEY


dengan kamu2 yang gila bergambar tp best n happy with u all
sporting habisss!!!!

    last sem with dak2 cls psikologi sosial
with prof.makzan....

geng2 baksis kg jaha....my sibling cheril,adila &nazirah....
cian kami mak ayah sibok x bawak g jalan2 


 GeNg2 PrOgRaM kEsIhAtAn

GeNg2 MiSi BaNtUaN BaNjIr
Wani, Cikah, kak dayah,shikin
nad,incham, Dr.Rajwani & Dr.Fuziah







HARGA DIRIKU.....

LIRIK LAGU  MENYENTUH HATI BILA TIAP KALI  DENGAR LAGU NIE....SO AKU NAK KONGSI LA LIRIK LAGU NIE GAN KORANG DAN SAMA-SAMA LA  MENHAYATINYA~~


Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku

Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini
Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

DENGAN KATA LAIN LAGU  NIE AKU TUJUKAN PADA MY LOVE ~LOVE U B~

Wednesday 18 May 2011

TAHUKAH ANDA APA ITU INSOMIA?

Insomia adalah kesukaran untuk tidur atau kesukaran untuk tidur lena. insomia biasanya disebabkan oleh kerungsingan atau keresahan seperti penderitaan, minda yang mudah terpegaruh serta serta kesedihan yang dialamimereka yang nyanyuk dan sebagainya.
fator-faktor lain:-
  • kebinbangan 
  • kegembiraan
  • kesakitan dll  
insomia juga turut dipengaruhi oleh faktor persekitaran,makanan,keadaan dalaman tubuh badan, masalah penghadaman, kekurangan vitamin serta zat galian disamping masalah kesihatan seperti tiroid, anemia, masalah jantung, ulser, sakit kepala, lenguh sendi, sakit buah pinggang serta sakit sawan.

cara untuk mengatasi Insomia

1.bersukandua atau tiga kali seminggu.
2.Biasakan diri tidur pada waktu yang tetap setiap malam,begitu pada waktu pagi.
3.Makan atau minumlah sesuatu ,tetapi jangan minuman keras,  sebelum  tidur.
4.jangan terlalu gelap bilik tidur
5.mendengar muzik yang senang buat anda tidur
6.jangan melihat jam lagi ,apabila sudah masuk tempat tidur.dengan begitu kita merasa masih punya banyak  waktu untuk tidur dan merasa rileks.
7.yakinkan diri sendiri bahwa anda akan merasa segar keesok harinyasamada dapat tidur lama atau pun tidak
8.yang penting jangan terlalu fikir masalah insomia dan teruskan aktiviti harian seperti biasa.
9.jauhi makanan kandungan.kafein dalam kopi dan coklat juga merupakan salah satu kandungan walau sedikit karena dapat membuat terus terjaga.
10.amalkan mengambil makanan yang lebih ringan sebab jika perut yang terlalu kenyang dapat menyebabkan anda terjaga dari tidur.
11.jangan juga anda tidur dalam keadaan perut kosong.hindari makanan pedas atau bergas tinggi.jangan meminum alkhol terlebih ditengah malam. 
12.Hilangkan segala kecemasan, pikiran tentang rencana besok, pikiran tentang tugas yang belum selesai.

Saturday 14 May 2011

HANYA SEKADAR RENUNGAN.........

MANUSIA X PENAH LARI DARI MELAKUAN ESILAPANKAN...KADANG-KADANG APA YANG BERLAKU BILA DIFIKIR X MASUK AKAL PUN. MUNGKIN JUGA ADA SILAPNYA PADA DIRI KITA SENDIRI SEBAB ITU BERLAKU KEADAAN SEDEMIKIAN. KENAPA MESTI ADA YANG MENGAPI-APIKAN SUPAYA KEADAAN MENJADI SEMAKIN TERUK? AKU PUN X FAHAN DENGAN EADAAN NIE. DALAM KEADAAN NIE ADA 2 PIHAK YANG JADI MANGSA. 1 PIHAK TERPENGARUH DENGAN APA YANG DI API-APIAN 2 DAN 1 PIHAK LAGI TERPAKSA MENANGGUNG APA YANG DI PERCAKAPKAN.... AH ... SEMUA NIE KEJA GILA BOLEH JAM OTAK KALAU DO FIKIR BERTERUSAN... 
NIE DA SATU LAGI... AKU PON PUN X FAHAM GAN MANUSIA JENIS NIE NAPEW LA MESTI NAK CEMBURU DENGAN ORANG LAIN BIAR LA ORANG NAK BERCINTA  KE APA KE JANJI ORANG 2 BAHAGIA.. NAK KATA DIORANG NIE X BERCINTA MASING-MASING DAH ADA BOYFRIEND TAPI NAPEW LA MASIH NAK BERGOSIP SANA SINI CARI KESILAPAN ORANG LAIN.....KALAU BOLEN NAK BERKAWAN NIE TAK NAK ADA APA2 MASALAH N HAPPY BERSAMA TP BILA DAH ADA KEADAAN MACAM NIE SEMUANYA JADI SURAM...


BANYAK SANGAT DAH BERCELOTEH HOPE EVERYTHING AKAN OK....